Press
Releases
Letter
To PM To Call Off Bakun Project (Bahasa Malaysia)
12th Mac 2000
YAB Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad
Perdana
Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
YB Datuk Leo Moggie
Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia,
Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia
Tingkat LG1&3, Wisma Damansara,
Jalan Semantan,
50668 Kuala Lumpur, Malaysia
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Hj. Abdul Taib b. Mahmud
Ketua Menteri Sarawak Pejabat Ketua Menteri,
Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya
93502 Kuching, Sarawak, Malaysia
Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat,
RAYUAN UNTUK MEMBATALKAN PROJEK EMPANGAN HIDRO BAKUN
Sahabat Alam Malaysia (SAM) merayu kepada Kerajaan Malaysia dan
Kerajaan Negeri Sarawak untuk membatalkan projek Empangan Hidro
Bakun.
Rayuan ini berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Sarawak, Datuk
Amar Dr. George Chan yang dilaporkan dalam akhbar The New Straits
Times bertarikh 15hb Februari 2000. Beliau telah menyatakan bahawa
Kerajaan Negeri Sarawak tidak mahu membina sebuah empangan yang
tidak sepadan dengan permintaan untuk tenaga elektrik. Oleh kerana
ini, Kerajaan Negeri Sarawak belum menentukan saiz Empangan tersebut.
Hasil daripada pembatalan kabel di bawah laut yang 600km panjangnya
untuk membekalkan tenaga elektrik ke Semenanjung Malaysia, keupayaan
pengeluaran Empangan tersebut telah pun dikurangkan daripada 2400
MW to 700 MW.
Pengeluaran sebanyak 700 MW masih dikatakan sebagai berlebihan bagi
negeri Sarawak, kerana negeri tersebut kini sedang menghasilkan
jumlah sebanyak 700 MW tenaga elektrik yang boleh ditambahkan kepada
1,000 MW. Menurut Datuk Amar Dr. George Chan, keupayaan ini adalah
mencukupi untuk menampung keperluan negeri Sarawak di masa depan.
Ini jelas menunjukkan bahawa Empangan Bakun tidak diperlukan untuk
negeri tersebut.
Cadangan untuk menilai potensi permintaan di rantau ASEAN adalah
juga tidak wajar, memandangkan bahawa terdapat rancangan-rancangan
di negara-negara jiran kita untuk turut membina empangan-empangan
lain di rantau ini (sebagai contoh, di Mekong Basin sendiri) .
Oleh yang demikian, tidak ada sebab untuk meneruskan projek Empangan
Bakun ini. Sejumlah besar duit rakyat sudah dibelanjakan dalam projek
ini, dan kami berpendapat bahawa projek ini tidak harus dilanjutkan
kerana ia adalah suatu pembaziran yang tidak wajar atau munasabah.
Walaupun pembinaan 'diversion tunnels' dikatakan hampir 75 peratus
siap, adalah lebih wajar, demi kepentingan negara, untuk mengurangkan
kerugian (mitigate the losses) projek tersebut, berbanding dengan
meneruskannya.
Kami harap rayuan ini dapat dipertimbangkan dengan seriusnya dan
diterima oleh Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat.
Sekian, terima kasih.
S.M.
Mohd Idris
President
Sahabat Alam Malaysia
|